Allahuakbar, Semakin Dip0tong, Semakin Timbul Kalimah Allah
Seorang lelaki terkejut apabila bahagian daging korbannya yang diterimanya tertera tulisan menyerupai kalimah ALLAH dan Muhammad S.A.W. Kejadian yang membuktikan salah satu kebesaran ALLAH itu berlaku pada hari pertama Raya Aidiladha di Kampung Kejai dekat sini.mPenduduk, Muhammad Sufiri Yahya,55 berkata, penerima daging korban berkenaan ialah sepupunya sendiri, Rashid Che Me,54.
“Kalimah ALLAH dan Muhammad itu amat jelas kelihatan di bahagian urat daging belakang tengkok lembu. Perkara itu hanya disedari selepas bahagian berkenaan dimasak sup. Semakin dipotong kalimah ALLAH itu semakin timbul,”katanya.
Kejadian yang jarang sekali berlaku itu turut menarik kehadiran penduduk kampung ke rumah Rashid bagi melihat sendiri kejadian luar biasa. Sufiri berkata, sepupunya mengambil keputusan untuk tidak makan bahagian bahagian tersebut tetapi menanamnya.
Sementara itu jelasnya, Rashid merupakan individu yang berakhlak baik malah tidak pernah mengeluarkan perkataan yang buruk kepada masyarakat. “Mungkin ALLAH nak tunjuk kat dia. Dia memang bagus. Merapu apa pun tak. Semua orang kampung kenal dia,”katanya.
Posting Komentar untuk "Allahuakbar, Semakin Dip0tong, Semakin Timbul Kalimah Allah"